Monday, December 20, 2010

PROMOSI BERAKHIR PADA 31/12/2010

Perhatian kepada semua...

Promosi jualan murah kami akan berakhir pada 31 Disember 2010.

Jika anda melakukan tempahan sekarang sehingga 31 Disember 2010 untuk majlis yang akan berlangsung pada tahun hadapan, harga yang diberikan adalah berdasarkan harga promosi yang kami tawarkan. Jimat bukan? Pesan awal, harga murah dan binggung pun kurang :)

Jadi, kepada yang berminat, sila lakukan tempahan sekarang.

Love,



Thursday, December 16, 2010

LOKASI

Halloooo....

Wah...8 hari lagi menjelang Christmas. Kepada rakan-rakan Kristian kita, macam mana sudah persiapan Christmas kamu? OK?KO? Jangan shopping last minute ah...hehehe, nanti ada yang terlupa beli + trafficccccc!!!! Hohoho...

Okie...untuk pengetahuan semua yang berada di Sabah, terutama di sekitar Kota Kinabalu, WaChella tidak lama lagi akan mempunyai tempat untuk meletak dan mempamerkan produk - produk buatan kami (hoorraayyyy). Ini bertujuan untuk memudahkan kamu untuk melihat secara 'live' produk - produk tersebut.

Kami akan mempamerkan produk kami di 3 tempat berasingan. 2 tempat di rumah kami masing - masing, Kolombong dan Menggatal dan 1 tempat lagi di sebuah kedai di Muis (menumpang, hehehehe). Tapi bukan sekarang okie...kami sedang dalam proses untuk mempersiapkan segala-galanya.

Jadi...sebarang perkembangan terbaru, akan kami segera maklumkan kepada semua.Sabar menanti...muahhhh


Love,




Monday, December 6, 2010

P/A SYSTEM

Hi peeps...

Supposedly, December means Wedding Bell...and $ to us....but....hhmm...masih ada sedikit slow walaupun sekarang ni musim kahwin...tapi ya la kan...what do you expect from a business that just started few months ago...still very young and unrecognized..ada order dari sana sini sikit pun bagus sudah kan dari tiada...Syukur Alhamdullilah

So...people...WACHELLA need your support...badly...hehehehe...

Okay, back to business, kami ingin memperkenalkan servis terbaru daripada kami iaitu PA System. Sudah pasti sesebuah perkahwinan itu akan bertambah meriah lagi dengan iringan muzik yang mengasyikkan :) Kepada yang berminat untuk menyewa PA system, bolehlah menghubungi kami.

Harga untuk SET KARAOKE ialah RM450 dan harga untuk KEYBOARD ialah RM600. Oh ya...servis ini juga adalah untuk semua jenis majlis k.

Love,






Friday, December 3, 2010

BERITA BAIK KEPADA BAKAL PENGANTIN

POTONGAN HARGA!!!!

Cepat - cepat order...tawaran ni sah sehingga 31 Disember 2010 sahaja.

Kepada yang tertanya-tanya, yap..memang post yang sama dengan sebelum ini...mahu beri penekanan ada DISKAUN bah....hehehehe, itulah di post lagi balik ni..

Kami menerima tempahan ke semua destinasi. Harga ditunjukkan belum termasuk kos penghantaran ok :)

Produk - produk yang terlibat dengan pemotongan harga adalah seperti berikut:-

1)Saputangan Bentuk Gula - Gula
~berharga RM1.00 seunit dengan pembelian sebanyak 350 unit ke atas. Harga asal RM1.20 seunit untuk 350 unit ke atas.





2) Potpuri Dalam Uncang
~ berharga RM1.00 seunit dengan pembelian sebanyak 350 unit ke atas. Harga asal RM1.30 seunit untuk 350 unit ke atas.





3) Potpuri Dalam Gelas
~ berharga RM1.70 seunit dengan pembelian sebanyak 200 unit ke atas. Harga asal RM2.00 seunit untuk 200 unit ke atas.




4) Cekak Rambut
~berharga RM10 seunit. Harga asal RM12 seunit. Khas untuk adik -adik yang akan mengiringi pengantin, supaya bertambah comel.









XOXO





Wednesday, December 1, 2010

PERUBAHAN HARGA

WaChella Gift Collection ingin memohon maaf kepada semua kerana terdapat produk - produk kami yang tidak mempunyai harga. Kami sedang dalam proses memperbaharui harga kami dan kami berjanji kami akan meletakkan semula harga baru secepat mungkin untuk kemudahan anda semua.

Buat masa ini, jika terdapat sebarang persoalan, bolehlah email kami di wachellagiftcollection@yahoo.com atau SMS / telefon di nombor 016-8286640 atau 016-8177328.

Menyebut tentang harga, jangan risau okie...tidak akan melambung naik, masih murah dan berpatutan, kami cuma akan memberikan harga tetap kepada setiap produk kami. Diskaun hebat tetap akan diberikan kepada mereka yang membeli secara pukal :)

Sekali lagi, kami ingin memohon maaf di atas segala kesulitan.

Terima Kasih.


Love,